Monday, 30 December 2013

Dalam kesibukan orang lain membeli belah keperluan sekolah anak-anak, kita di sini penuh semangat  menimba ilmu dari insan-insan yang berhati mulia, yang telah berjaya, yang amat teruja dan amat mengharapkan agar segala ilmu yang dicurahkan  dalam jangkamasa yang singkat ini dapat diterima, kalau tidak 100%, 80% atau 50% pun Alhamdulillah untuk dibawa pulang dan dimanfaatkan.

Saya percaya dan yakin kita semua teringin juga menjadi seperti mereka. Oleh itu marilah kita mulakan langkah untuk menjadi kaya….KAYA IMAN, KAYA DUIT, KAYA BUDI PEKERTI YANG MULIA.

Saturday, 28 December 2013

Samping Baju Melayu


Pelanggan yang dihargai,

Jika anda sudah memilih BAJU MELAYU yang sesuai dan ingin dipadankan dengan samping..anda boleh dapatkan di sini. 
Warna dan jahitan yang menarik dan kemas.


Jadi pilihlah samping yang kemas dan corak yang cantik untuk dipadankan dengan
Baju Melayu anda

Sumber ini diperolehi dari www.mylinashoppe
Tarikh
Perkara
27/12/13
Selamat Datang/Pengenalan
28/12/13
Jenis-jenis trend pakaian wanita 2014 :
·        Ala-ala saloma (peplum)
·        Fesyen Royal Sofea (dress potongan duyung, kembang dari peha ke bawah)
·        Kebaya Tradisional
·        Kebaya Kota Bharu

Trend pakaian lelaki 2014 :
·        Kemeja corak petak-petak
·        Baju Melayu petak-petak (samada sepenuhnya atau sebahagian saja )

29/12/13
Jenis-jenis tudung yang boleh dipadankan dengan kebaya, peplum :
Tudung 3 layer, 2 layer  labuh paras dada
Tudung panjang/Shawl

30/12/13
Perkhidmatan ini berharga anggaran seperti berikut (termasuk kos penghantaran) :
Kurung Johor                          RM45
Kurung Pahang/Riau              RM55
Kebaya                                   RM55
Peplum                                   RM55
Baju Melayu Cekak Musang  RM95 (sepasang)
Baju Melayu Raihan/Johor     RM85 (sepasang)
Kemeja                                   RM55 (baju shj)

·        Harga tidak termasuk sulaman,hiasan manik, lace dan sebagainya.

Friday, 27 December 2013

Selamat Datang ke Allynani Collection.

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan jahitan pakaian wanita dan lelaki Melayu sejak tahun 2010. Kami beroperasi di No. 9, Gerai Majlis 11 Unit, Jalan Besar Bota Kanan, 32600 Bota, Perak.(berhadapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bota Kanan,Perak.

Kami boleh dihubungi di :

                          hp : 011-14518003, 012-4971024
                    e-mail : allynani68@gmail.com
       Masa operasi : 9 pagi - 12 mlm.setiap hari.


Pelanggan yang dihargai,

Kami memberi  khidmat istimewa datang ke kediaman  anda  yang tinggal di sekitar Bota dan Sri Iskandar untuk  mengambil dan menghantar  tempahan  bagi pelanggan-pelanggan yang tidak dapat keluar rumah  kerana sakit, menjaga anak-anak dan cucu-cucu atau kurang upaya.

Bagi pelanggan dari luar Bota dan Sri Iskandar, anda perlulah menghantar kain kepada kami  terlebih dahulu secara pos/kurier bersama  ukuran badan atau baju contoh.

Tempahan akan disiapkan mengikut kehendak pelanggan sekurang-kurangnya dalam masa seminggu bergantung kepada jenis pakaian dan kuantiti tempahan.

Selain menerima tempahan, kami juga menyediakan khidmat membuat pola pakaian bagi pelanggan yang hendak belajar, yang tahu menjahit  serta pelanggan yang sudah lama meninggalkan bidang ini dan tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus menjahit secara formal disebabkan kekangan kerja dan sebagainya. Kami akan menghantar pola bersama penerangan sebagai panduan untuk memotong kain.

 Bagi yang berminat boleh hubungi kami di talian 011-14518003 (Allynani) atau 012-4971024 (Che Ros). Kos bahan dan penghantaran akan dikenakan bergantung kepada jenis fesyen yang dikehendaki.