Friday 27 December 2013

Selamat Datang ke Allynani Collection.

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan jahitan pakaian wanita dan lelaki Melayu sejak tahun 2010. Kami beroperasi di No. 9, Gerai Majlis 11 Unit, Jalan Besar Bota Kanan, 32600 Bota, Perak.(berhadapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bota Kanan,Perak.

Kami boleh dihubungi di :

                          hp : 011-14518003, 012-4971024
                    e-mail : allynani68@gmail.com
       Masa operasi : 9 pagi - 12 mlm.setiap hari.


Pelanggan yang dihargai,

Kami memberi  khidmat istimewa datang ke kediaman  anda  yang tinggal di sekitar Bota dan Sri Iskandar untuk  mengambil dan menghantar  tempahan  bagi pelanggan-pelanggan yang tidak dapat keluar rumah  kerana sakit, menjaga anak-anak dan cucu-cucu atau kurang upaya.

Bagi pelanggan dari luar Bota dan Sri Iskandar, anda perlulah menghantar kain kepada kami  terlebih dahulu secara pos/kurier bersama  ukuran badan atau baju contoh.

Tempahan akan disiapkan mengikut kehendak pelanggan sekurang-kurangnya dalam masa seminggu bergantung kepada jenis pakaian dan kuantiti tempahan.

Selain menerima tempahan, kami juga menyediakan khidmat membuat pola pakaian bagi pelanggan yang hendak belajar, yang tahu menjahit  serta pelanggan yang sudah lama meninggalkan bidang ini dan tidak berkesempatan untuk mengikuti kursus menjahit secara formal disebabkan kekangan kerja dan sebagainya. Kami akan menghantar pola bersama penerangan sebagai panduan untuk memotong kain.

 Bagi yang berminat boleh hubungi kami di talian 011-14518003 (Allynani) atau 012-4971024 (Che Ros). Kos bahan dan penghantaran akan dikenakan bergantung kepada jenis fesyen yang dikehendaki.



No comments:

Post a Comment